dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

One Stop Centre (OSC) Sejahtera Social Negeri Perak

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2025, NADI Kluster Kerian telah dijemput untuk menyertai Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak. Sepanjang program ini, NADI telah membuka booth pendaftaran ahli NADI, MyDigital ID, pameran Tiny Techies serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. Ramai yang singgah di booth NADI untuk mendapatkan maklumat lanjut, mendaftar keahlian, serta mencuba aktiviti interaktif yang disediakan. Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan minat dan kesedaran yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan digital dan peluang pembelajaran yang ditawarkan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan ini. Semoga kerjasama sebegini dapat terus diperkukuhkan bagi memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam usaha meningkatkan literasi digital masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.